Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (KGT) : Kiraanya?
Bagi kalangan penjawat awam, nampaknya tahun 2013 ini mereka akan
menerima kenaikan gaji sebanyak 2 kali setahun (2 KGT). Contohnya :
Kakitangan yang mencapai gaji maksimum ditambah lagi 3 tangga
gaji. Oleh itu, penjawat awam yang sudah mencapai gaji “mati” boleh naik
gaji lagi sehingga tempoh 3 tahun. Selain daripada itu
iaitu kakitangan awam yang lain, 1 KGT antara RM80 – RM320 bakal diberikan.
Contohnya :
§ Kenaikan
Gaji Tahunan (KGT) dikira bulan Julai 2013, bermakna pada bulan Julai semua
orang akan dapat kenaikan tersebut.
§ Bermakna
bagi yang DG 41 naik RM230, DG 44 naik RM250, DG 48 naik RM270, DG 52 naik
RM290 dan DG 54 naik RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 melibatkan tangga gaji
yang bawah sekali.
§ Yang mana
daripada anda (penjawat awam) yang menerima KGT setiap tahun naik sekitar
RM200, pada bulan April 2013, maka pada bulan Julai kelak anda dapat sekali
lagi KGT RM200. Jelas?
§ Ok. Siapa
yang naik gaji pada bulan Januari, akan dapat kenaikan biasa pada bulan Januari
dan pada bulan julai, naik lagi satu kenaikan. Masih jelas?
§ Bagi yang
naik gaji bulan Julai, maka secara automatiknya akan dapat 2 kenaikan gaji.
Katakan DG 41, kenaikan gaji tahunan (KGT) ialah RM225
setahun. Bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebelum Julai, kiraannya
adalah seperti ini :
§ Katakan
gaji yang diberikan adalah RM3000.14 (Januari 2012 – Disember 2012) dan
kenaikan ialah pada bulan Januari setiap tahun)
§ Oleh itu,
gaji yang diberikan pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM3000.14 +
RM225 = RM 3225.14
§ Manakala
pada bulan Julai 2013 dibayar gaji RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (sepertimana
yang Datuk Seri Najib umumkan baru-baru ini)
§
Manakala pada Januari 2014 (RM3460.14 + RM225 = RM 3675.14)
Bagi yang menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan Julai.
Katakanlah gaji yang anda terima sebanyak RM3000.14 (Julai 2012 – Jun 2013) dan
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ialah pada bulan julai setiap tahun, kiraannya
adalah seperti di bawah ini :
§ Julai
2013 RM3000.14 + 225 = RM 3225.14
§ Julai
2013 RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (Sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib)
§
Julai 2014 RM3460.14 + 225 = RM 3675.14
Begitulah sama kiraan utntuk kalangan kakitangan awam yang
menerima kenaikan gaji tahunan bagi kenaikan gaji tahunan selepas bulan Julai
iaitu bulan Oktober. Apa kata dan respon anda dengan pengumuman berita gembira
untuk penjawat awam kali ini?
Sumber : Berita Semasa (13.3.2013