Pengiraan : Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (KGT) - Ibrahim2012

Tuesday, 12 March 2013

Pengiraan : Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (KGT)


Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (KGT) : Kiraanya?
Bagi kalangan penjawat awam, nampaknya tahun 2013 ini mereka akan menerima kenaikan gaji sebanyak 2 kali setahun (2 KGT). Contohnya :
Kakitangan yang mencapai gaji maksimum ditambah lagi 3 tangga gaji. Oleh itu, penjawat awam yang sudah mencapai gaji “mati” boleh naik gaji lagi sehingga tempoh 3 tahun. Selain daripada itu iaitu kakitangan awam yang lain, 1 KGT antara RM80 – RM320 bakal diberikan. Contohnya :
§  Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dikira bulan Julai 2013, bermakna pada bulan Julai semua orang akan dapat kenaikan tersebut.
§  Bermakna bagi yang DG 41 naik RM230, DG 44 naik RM250, DG 48 naik RM270, DG 52 naik RM290 dan DG 54 naik RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 melibatkan tangga gaji yang bawah sekali.
§  Yang mana daripada anda (penjawat awam) yang menerima KGT setiap tahun naik sekitar RM200, pada bulan April 2013, maka pada bulan Julai kelak anda dapat sekali lagi KGT RM200. Jelas?
§  Ok. Siapa yang naik gaji pada bulan Januari, akan dapat kenaikan biasa pada bulan Januari dan pada bulan julai, naik lagi satu kenaikan. Masih jelas?
§  Bagi yang naik gaji bulan Julai, maka secara automatiknya akan dapat 2 kenaikan gaji.
Katakan DG 41, kenaikan gaji tahunan (KGT) ialah RM225 setahun. Bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebelum Julai, kiraannya adalah seperti ini :
§  Katakan gaji yang diberikan adalah RM3000.14  (Januari 2012 – Disember 2012) dan kenaikan ialah pada bulan Januari setiap tahun)
§  Oleh itu, gaji yang diberikan pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM3000.14 + RM225 = RM 3225.14
§  Manakala pada bulan Julai 2013 dibayar gaji RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (sepertimana yang Datuk Seri Najib umumkan baru-baru ini)
§  Manakala pada Januari 2014 (RM3460.14 + RM225 = RM 3675.14)
Bagi yang menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan Julai. Katakanlah gaji yang anda terima sebanyak RM3000.14 (Julai 2012 – Jun 2013) dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ialah pada bulan julai setiap tahun, kiraannya adalah seperti di bawah ini :
§  Julai 2013 RM3000.14 + 225 = RM 3225.14
§  Julai 2013 RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (Sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib)
§  Julai 2014 RM3460.14 + 225 = RM 3675.14
Begitulah sama kiraan utntuk kalangan kakitangan awam yang menerima kenaikan gaji tahunan bagi kenaikan gaji tahunan selepas bulan Julai iaitu bulan Oktober. Apa kata dan respon anda dengan pengumuman berita gembira untuk penjawat awam kali ini?
Sumber : Berita Semasa (13.3.2013
Text berkelip anda